Thursday, 7 September 2017

SENARAI GURU BESAR SK PENGKALAN RAJA

SENARAI GURU BESAR SK PENGKALAN RAJA


Bil
NAMA
1
CIKGU HISHAM ABU
2
CIKGU ABDUL JABAR  AHMAD
3
CIKGU AHMAD MOHD AMIN
4
CIKGU SULAIMAN PUTEH
5
CIKGU ABDULLAH JOHARI
6
CIKGU ABDULLAH ABDUL RAHMAN
7
CIKGU SAHIDI SAMOD
8
CIKGU JONI BIMIN
9
CIKGU RAJIB ALI
10
CIKGU MOHD YUSOF MOHD YUNOS
11
CIKGU HAJI AHMAD FAUZI HISHAM
12
CIKGU HAJAH AINON BINTI ABDUL RAHMAN
13
CIKGU HASSAN BIN MOHAMED EUSOFF
14
CIKGU HAJAH ENGKU ROHANI BINTI ENGKU ISMAIL

Wednesday, 6 September 2017

PROFIL SK PENGKALAN RAJA



PENDAHULUAN

            Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja merupakan salah sebuah sekolah di Zon Pekan Nanas dalam daerah Pontian. Sekolah ini terletak di tepi jalan raya Batu 29, Pengkalan Raja, 15 kilometer dari Pontian dan 4 kilometer dari Pekan Nanas. Sekolah ini terus berkembang dan menunjukkan kecemerlangan baik dalam aspek kurikulum mahupun kokurikulum. Disamping itu, warga sekolah ini sentiasa bersemangat dan berazam dalam mengharungi pelbagai cabaran dengan bertemakan SKPR CEMERLANG dalam usaha mengangkat martabat sekolah ini ke mercu kejayaan.


SEJARAH SEKOLAH

            Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja diambil sempena nama Kampung Pengkalan Raja.  Kampung  ini  dinamakan  Pengkalan  Raja kerana pada akhir tahun 30 an Sultan Johor
( DYMM Sultan Ibrahim )  dan  kerabatnya  sering  berburu di kawasan ini. Sebelum berburu
Baginda  akan  singgah  dahulu  di rumah  penghulu  kampong  ini,  iaitu Penghulu Sabtu dan
kemudian  barulah  baginda  pergi berburu.  Lama-kelamaan  kampong  ini  dikenali    sebagai kampung tempat pengkalan sultan berburu. Sekolah ini mula didirikan dengan sebuah bangunan pada tahun 1947 di atas tanah milik Tuan Haji Mansor Hudari di Batu 30, Pengkalan Raja dengan permulaan 27 murid dan 2 orang guru. Dengan guru besar pertama Cikgu Hisham Abu. Pada sekitar tahun 1970, bangunan sekolah ini roboh dipukul ribut.


            Pelajar-pelajar ditempatkan sementara di balai raya kampung ini. Pada Tahun 1972 sekolah ini  telah  berpindah ke bangunan baru di Batu 29, Pengkalan Raja.Bangunan baru ini
mempunyai  3 bilik darjah  dan  muridnya  berjumlah   74  orang  murid  dengan 5 orang guru
sebagai tenaga pengajar. Guru Besar  yang  mentadbir  ialah  Cikgu  Ahmad  bin Mohd Amin
diikuti oleh Cikgu Abdullah bin Johari dan Cikgu Abdullah Abdul Rahman. Dari segi pendidikan,kebanyakkan penduduk telah mengalami dan menerima pendidikan selepas merdeka manakala hanya segelintir sahaja warga emas yang pernah menempuh zaman sebelum merdeka.

            Pendidikan kebanyakkan ibubapa/penjaga banyak membantu anak-anak didik sekolah ini berjaya seiring dengan kemajuan global. Dilihat dari aspek pembangunan banyak arus kemajuan mula bertapak dengan adanya kuarters guru,sekolah agama, Jabatan Pertanian, Jabatan Perparitan dan Saliran, penyusunan semula Lorong Warisan, jalan kampung dan sebagainya. Seperkara yang tidak boleh dinafikan, persekitaran kawasan ini berpotensi sebagai  persinggahan kepada para pelancong bagi mendapatkan buah-buahan segar terutama
nanas. Nanas yang sangat  digemari  dan  popular  di sini  adalah  jenis  N36  dan  Josephine.
Deretan-deretan  kedai  atau  gerai  buah-buahan   membantu   menaikkan   imej  kawasan  ini

sebagai tempat tumpuan persinggahan pelancong tempatan dan luar.

SENARAI GURU BESAR SK PENGKALAN RAJA

SENARAI GURU BESAR SK PENGKALAN RAJA Bil NAMA 1 CIKGU HISHAM ABU 2 CIKGU ABDUL ...