PENDAHULUAN
Sekolah
Kebangsaan Pengkalan Raja merupakan salah sebuah sekolah di Zon Pekan Nanas
dalam daerah Pontian. Sekolah ini terletak di tepi jalan raya Batu 29,
Pengkalan Raja, 15 kilometer dari Pontian dan 4 kilometer dari Pekan Nanas.
Sekolah ini terus berkembang dan menunjukkan kecemerlangan baik dalam aspek
kurikulum mahupun kokurikulum. Disamping itu, warga sekolah ini sentiasa
bersemangat dan berazam dalam mengharungi pelbagai cabaran dengan bertemakan
SKPR CEMERLANG dalam usaha mengangkat martabat sekolah ini ke mercu kejayaan.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah
Kebangsaan Pengkalan Raja diambil sempena nama Kampung Pengkalan Raja. Kampung ini dinamakan
Pengkalan Raja kerana pada akhir tahun 30 an Sultan
Johor
( DYMM Sultan Ibrahim ) dan kerabatnya
sering berburu di kawasan ini. Sebelum berburu
Baginda akan singgah dahulu di
rumah penghulu kampong ini, iaitu
Penghulu Sabtu dan
kemudian barulah baginda pergi berburu.
Lama-kelamaan kampong ini dikenali
sebagai kampung tempat pengkalan
sultan berburu. Sekolah ini mula didirikan dengan sebuah bangunan pada tahun
1947 di atas tanah milik Tuan Haji Mansor Hudari di Batu 30, Pengkalan Raja
dengan permulaan 27 murid dan 2 orang guru. Dengan guru besar pertama Cikgu
Hisham Abu. Pada sekitar tahun 1970, bangunan sekolah ini roboh dipukul ribut.
Pelajar-pelajar
ditempatkan sementara di balai raya kampung ini. Pada Tahun 1972 sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru di Batu 29,
Pengkalan Raja.Bangunan baru ini
mempunyai 3 bilik darjah dan muridnya berjumlah
74 orang murid dengan
5 orang guru
sebagai tenaga pengajar. Guru Besar yang mentadbir ialah Cikgu
Ahmad bin Mohd Amin
diikuti oleh Cikgu Abdullah bin
Johari dan Cikgu Abdullah Abdul Rahman. Dari segi pendidikan,kebanyakkan
penduduk telah mengalami dan menerima pendidikan selepas merdeka manakala hanya
segelintir sahaja warga emas yang pernah menempuh zaman sebelum merdeka.
Pendidikan
kebanyakkan ibubapa/penjaga banyak membantu anak-anak didik sekolah ini berjaya
seiring dengan kemajuan global. Dilihat dari aspek pembangunan banyak arus
kemajuan mula bertapak dengan adanya kuarters guru,sekolah agama, Jabatan
Pertanian, Jabatan Perparitan dan Saliran, penyusunan semula Lorong Warisan,
jalan kampung dan sebagainya. Seperkara yang tidak boleh dinafikan, persekitaran
kawasan ini berpotensi sebagai
persinggahan kepada para pelancong bagi mendapatkan buah-buahan segar
terutama
nanas. Nanas yang sangat digemari
dan popular di sini
adalah jenis N36
dan Josephine.
Deretan-deretan kedai
atau gerai buah-buahan
membantu menaikkan imej
kawasan ini
sebagai tempat tumpuan persinggahan
pelancong tempatan dan luar.